Thursday, May 20, 2010

CARTA 10 LAGU PALING 'CATCHY' & 'SWEET'

1>>ZEE AVI BITTER HEART
 Lagu ni mula kudengari seawal 2010...Pada awalnya,agak bosan dan slow..But then,memang ajaib susunan melodi dan irama lagu ini sesuai dengan vokal penyanyinya..Hasilnya,membuatkan hati aku girang seketika..Dibantu video klip yang mempunyai unsur2 retro,klasikal dan evergreen..Fuhh,itulah Zee Avi..anak muda Malaysia yang luarbiasa bakatnya sehingga gemilang menempa nama di persada muzik antarabangsa..Semoga muzik indi terus mekar mewarnai dunia muzik di dalam@luar negara...Pada yang tak kenal Zee Avi....??anda pasti ragu2 yg suara dia ni orang Malaysia or ....sebab???haha...Jawab sendiri la ya...



2>>LENKA TROUBLE IS A FRIEND
Baiklah,lagu seterusnya...Trouble is a friend...Mula didengari pada hujung 2009..Sebab apa lagu nie catchy n sweet...?sudah tentulah,alunan muzik dan melodinya sangat hebat..Selain tu pulak,susunan liriknya yang simple dan mudah difahami...Dibantu pula video klip yang indah bereksperimentasikan ala2 wayang kulit ..Malaysia ..berani buat??haha..Korang jawablah sendiri ya..

3>>JASON MRAZ & COLBIE CAILLAT LUCKY
Seterusnya,lagu berhantu bagi semua peminat muzik country abad ini ya..tak lain tak bukan,Lucky...Lagu ini hebat dari segi permainan irama dan nada si penyanyi..Mengukuhkan lagi kerancakan lagu ini..Walaupun simple,tapi berkesan..Lagu ini,amat serasi dinyanyikan oleh mereka berdua...Lagu-lagu single hebat mereka juga 'killer'seperti Im Yours dan Bubbly..lagu inilah yang menaikkan nama masing2 ke arena muzik dunia dengan percaturan genre country..tahniah...!!



4>>MOCCA SECRET ADMIRE
Lagu nie aku mula dengar di kaca tv..tak silap iklan 'Swing Gum' ..tak ingat bila..Agak sukar untuk mencari lagu ini..dan pretty much i guess..bila aku dengar lagu ini,aku membayangkan..seorang gadis sedang tunggu bas ..hujan lebat.. dan payung gadis itu terbang ditiup angin yang kuat...Kemudia,datang sorang pemuda dan membantu gadis itu dari kuyup..huhu...



5>> LENKA THE SHOW
 Lagu ini antara killer song bagi peminat Lenka..especially person who's ...??haha...peminat dia ler..First,aku mula dengar lagu nie di kaca tv..lagu iklan?eh mana tau ni....Yezza,tepat sekali..bak kata peminatnya.. her single “The Show”.... hilarious, amazing, and, all things considered, pretty awesome"..Tahniah pada penyanyi Columbia ini..Sudahla berbakat menulis lirik sendiri..susunan lagu juga banyak disumbangkan olehnya sendiri...ala2 Yuna korang kata?Jawapan Neraca Paradigma's....haha..



6>>THE ARCHIVE SUGAR-SUGAR
Gula gula...??haha..lagu nie agak catchy juga..aku pun tak tahu camne boleh minat..Maybe,sejak dengar lagu nie di kaca tv agaknya...lagu iklan je korang kata?eh..sedap cam candy la lagu nie..huhu..Tambahan pula,masa kecik2 lagu ni awal di putarkan ..sedang eloklah nak refresh kenangan makan gula2 sugus dan gula kapas ..haha..yang pasti komen jangan tak komen..


7>>YUNA DAN SEBENARNYA
Lagu nie,aku mula dengar di radio HOT FM..Ada yang kata, dah lama top tapi lewat diputarkan.Sebab???..no comment dik....baik,lagu nie memang simple dan senang diingati...Tahniah pada pelajar jurusan undang2 di UITM nie kerana berjaya meintepretasikan lagu sebegini walaupun industri kita...????haha..tenat ka?...lebih kurangla...Memang padanlah pengaruh lagu nie melayakkannya berjaya mendapat tempat ke 2 pada malam AJL 24..AIM 17 pun,Yuna sapu bersih ya??..artis lain...gigit jari ya...itulah penangan lagu sweet :Dan Sebenarnya..


8>>PLAIN WHITE T'S HEY DELILAH
Lagu seterusnya,Hey Delilah...lagu nie mula aku dengar pertengahan 2007...Mula2,sukar juga kesan lagu nie..Finnally,dapat jugak setelah fofular di Malaysia dan tentulah seluruh bumi..Lagu nie jenis yang ringan didengari....tanpa perlu penghayatan yang tajam,sudah memadai mengesan kehebatan cord melodi gitarnya...tahniah..


9>>4 NON BLONDES WHAT'S UP 
Baiklah lagu seterusnya,What's up..Lagu nie memang sejak azali lagi aku cari...Sudah lama lagu nie established..Tak silap around 80an..Lagu yang hebat ini,sangat sukar mentakrifkan suara girl or boy...tapi lama kelamaan setelah lihat video baru tahu.....???Tengokla sendiri ya...haha...
susunan lagu yang tak terlalu berat tapi susunan vokal yang hebat..dari note rendah hinggalah tinggi...


10>>EZLYN HI HI BYE BYE
Sudah lama tidak dengar lagu ini di radio kan?kalau dulu,amatlah fofular di semua stesen radio..Memang padanlah lagu nie menang dalam ANUGERAH ERA O2,lagu paling lama bertahan dalam carta...Dan,juara kategori Pop Rock,AJL 2002 ..lagu nie memang serasi dengan range muzik si penyanyi,alunan muzik yang simple dan catchy..itulah penangan lagu edry hashim..



...Demikianlah lagu2 yang berada di tingkat 10 terbaik sebagai lagu yang 'catchy & sweet'..pada penilaian aku..antara lagu2 yang terkeluar carta tapi tetap terbaik dihati penulis ialah:

11>>JASON MRAZ IM YOURS
12>>WAHEEDA WASSINI
13>>TAYLOR SWIFT LOVE STORY
14>>ELYANA KALIS RINDU
15>>NATASHA BEDINGFIELD POKETFULL OF SUNSHINE
17>>FOOLS GARDEN LEMON TREE
18>>LADY GAGA POKER FACE
19>>FULL HOUSE SHA LA LA
20>> LENKA SKIPALONG
 
  NOTA KAKI:Lagu yang mudah dingati selalu berbentuk simple,nice,catchy,sweet,smooth,ringan dan pelbagai..Bagaimana pula dari segi lirik,kualiti atau tidak?..Fikir2kan..

No comments: