Saturday, January 16, 2010

11 FILEM PALING UNGGUL bagiku..


1) WINDSTRUCK http://www.youtube.com/watch?v=B5BqUquq0jU

Cerita ni aku tak jemu menontonnya....lebih 3 kali aku tgk..mmg luar biasa..lain drpd yg lain..kisah yg menggabungkan beberapa  elemen yang indah  seperti  percintaan,jenaka spontan,airmata,kesetiaan,keberaniaan dll..Carilah mana2 cerita korea,pasti tak sama dengan kisah yg cuba dipaparkan dlm cerita ini..best beb...he3...tetapi,melalui cerita ini aku terbuai seketika sambil melakar beberapa persoalan..Persoalannya,sanggupkah kita berkorban demi orang yang kita sayang walaupun kita tahu risikonya?
2)CAPOTE    http://www.youtube.com/watch?v=UVbNqCsp9IA
 
Cerita ini pula,aku paling banyak berfikir ...tapi memang hebat cerita ni,dia megisahkan tentang seorang penulis buku yang mahu mnulis sebuah cerita yang bermutu tentang seorang banduan...tetapi,dia telah jatuh hati pada banduan(lelaki)terbabit..dia tidak smpai hati untuk menamatkan cerita terbabt kerana banduan tersebut gagal membuktikan dirinya tak bersalah...akhirnya,dijatuhkan hukuman bunuh...Perlukah kita berjanji pada diri sendiri bahawa cinta itu tak mengenal apapun?


3)ARTIFICIAL INTELLIGIENCE http://www.youtube.com/watch?v=ECGnWoQgz6Q
Cerita ni arahan Steven Spielberg(siapa tak kenal kan) ..Sesungguhnya,ramai yang berkata bahawa cerita ini seperti Pinocchio..tapi bagi aku jalan ceritanya menyuruh kita berfikir bahawa walaupun David(kanak2 dalam cerita ini) merupakan sebuah robot,tetapi dia juga mahu seperti kanak2 lain yang memerlukan kasih sayang,perhatian dan belaian dari ibu bapanya....
Dia mahu.Dia ingin.Dia berusaha untuk menjadi manusia...namun demikian,hajatnya tercapai untuk besama ibunya walaupun hanya sehari.,,,,touching juga cerita ni..andai ada robot yang berperasaan suatu ketika nanti..Apa perlu kita katakan?sanggupkah kita hapuskan dia begitu sahaja?


4) A BEAUTIFUL MIND http://www.youtube.com/watch?v=aS_d0Ayjw4o

Baik,cerita ini pula amatlah menarik dari pandanganku..Adaptasi dari kisah benar..John Nash seorang pandai.Malah,dicemburui oleh rakan2nya kerana kebijaksanaanya mengeksrimentasikan sesuatu perkara dalam bentuk zahir..Pendek kata,mudah mendapat ilham sehingga membolehkan beliau mencipta pelbagai formula yang hebat....Detik demi detik,dia semakin berjaya mempamer kehebatannya sehinggalah dia diberi tugas untuk memecahkan kod2 ...dan berjumpa dengan William, Department of Defense agent yang misteri...tugas yang sukar diberikan sehingga beliau mengalami halusinasi.....isterinya amat tertekan dengan keadaan suaminya  itu...akhirnya,Nash berjaya dipulihkan dgn rawatan dan ubat2an yang diberi oleh doktor...
jelmaan William tetap ada..tetapi nash berjaya menidakkan akan kehadiran lelaki terbabit..Sememangnya William adalah tidak wujud...Untuk itu,Nash telah menerima anugerah Nobel Memorial Prizes in Economics....Namun begitu,Bagaimanakah penerimaan kita jika orang yang tidak wujud tetapi datang menghampiri kita?



5)THE TERMINAL http://www.youtube.com/watch?v=Xm1xrJD5aW8

Cerita ini sangat2 menarik..aku tersenyum sendiri melihat telatah Tom Hank dalam cerita ni..memegang watak sebagai Viktor Navorski..beliau terpaksa berdepan dengan sukar apabila pasport beliau tidak sah lagi..Hal ini sebab,negara beliau mengalami krisis peperangan sehingga tidak boleh pulang ke negaranya ...Lagi sedih,negara terbabit sudah tidak wujud lagi..Paling bermakna dalam cerita ini ialah beliau terpaksa survival dengan waktu,tempat tinggal,urusan harian,kperluan2 hidup seperti makan,mandi..Oh tidak..sukar diterima dek akal melainkan jika tedesak..Betul x??...Beliau telah bertemu seorang gadis yang cantik dan terus bercinta....Catherine Zeta- Jonez,mmg cantikla dalam cerita ni...huhu..Baik,sape yang belum tonton cerita ini ..aku sarankan agar tontonlah...Memang syok...Persoalanya,adakah beliau akan terus tinggal di The Terminal Amerika tu atau ....?Kenapa pihak berkuasa terus mendiamkan diri tanpa alasan yang rasional mengenai masalah seperti ini?....Tonton dan Jawab..hehe..


6)THE GREEN MILES http://www.youtube.com/watch?v=uDybmxbKf4Y

Cerita ini memang memberi kesan jugalah padaku..Kisah yang diangkat mngenai kehidupan di dalam penjara...watak yang digemari lakonan Tom Hank,wajar dipuji..Beliau membawa watak sebagai Paul Edgecomb telah bertemu dengan situasi yang rumit apabila berdepan dengan banduan2 yang nakal dan sukar difahami..John Coffey pula seorang banduan yg sering dibuli,kekuatan misteri,x bersalah dalam tuduhan pembunuhannya....Dia mampu memulihkan kesakitan yang dialami oleh Paul..Babak demi babak jelas mempamerkan kehebatan John dalam mewarnai persekitaran di kandang besi terbabit..Tahukah kita,bukan semua banduan mahu lahir menjadi banduan?dan,kenalilah kehebatan seseorang kerana ianya juga manfaat bersama..kan?


7) 1 LITRE OF TEARS  http://www.youtube.com/watch?v=iZx22zG4QyQ 

"Tears"...memang padan dengan judulnya.Kisah yang diangkat dari sebuah drama ini mampu menaikkan nilai2 moral dalam cerita ini hingga mberi kesan yang abadi di dalam sanubari anda...Walaupun ramai yang memberi maklum balas bahawa di dalam drama lebih hebat jalan ceritanya dari filem...bagi aku,keunggulan yang lahir melibatkan nilai2 moral dan murni ianya masih dapat dilihat dari sudut yang universal dan penghayatan...Filem ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap penyakit spinocerebellar ataxia. Beliau bermula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari tersebut telah diter bitkan. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namida itu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya...tau x,beliau telah menanggung penderitaan terbabit selama 10 tahun....Sanggupkah kita berhadapan dengan keadaan ini jika kecekalan kita sentiasa diuji?



8)1408 http://www.youtube.com/watch?v=WIASqPZqnhs

Cerita ini juga sangat menakutkan,misteri dan luar biasa.Pengarah cuba menterjemahkan kemisterian mngenai sebuah bilik bernombor 1408 di New York..Mike Enslin ialah seorang penulis buku.Beliau mahu merasai pengalaman berada dibilik terbabit walaupun telah ditegah oleh pemilik hotel terbabit....Hal ini kerana,belum ada seorang pun terlepas dari bilik terbabit...Watak Mike yang dilakonkan oleh John Cusack,mampu membuatkan penonton tetap setia menonton menanti debaran demi debaran akan 'ending'cerita ini..Nak tahu sama ada Mike hidup atau x,silalah tonton...hehe..



9)FOREST GUMP http://www.youtube.com/watch?v=JdsMqRaz2WY

Cerita ini juga amat menarik padaku..cerita ni mula ditayangkan pada 1994 berdasarkan novel tahun 1986 oleh Winston Groom....kiranya,cerita adaptasi la ni....memang layaklah 13 calonan Academy Awards dan layak memenangi enam diantaranya, termasuk Film Terbaik, Sutradara Terbaik (Robert Zemeckis), dan Aktor Terbaik (Tom Hanks)...walaupun kuang pandai kerana hanya memiliki 75 dari segi jumlah IQ..tidak hairanlah jka beliau seringkali diejek dan dihina oleh kanak2 laen...Namun,beliau ada kelebihan tersendiri yakni mampu berlari pantas...(suka tgk time dia kena kejar dengan basikal oleh kanak2 nakal)..Beliau terpaksa berdepan dengan suasana yang berbeza sejak masuk sek militer dan dihantar ke Vietnam...mahu bertemu dengan rakan perempuannya dan usahanya bagi mendapatkan gadis terbabit..Namun,mampukah mereka bersama setelah beberapa lama tidak bertemu?....dan,,,Betulkah hayat Jenny(gadis itu)akan berakhir akibat peyakit yang terpaksa beliau tempuhi?penyakit ape?...Oleh itu,anda perlu saksikan sendiri..hehe....




10)PATCH ADAMS http://www.youtube.com/watch?v=BL1m-zNtWOs

Filem drama komedi produksi tahun 1998 ini berdasarkan kisah betul tau  tentang Dr. Hunter "Patch" Adams" yang terkenal dengan metode penyembuhannya yang tidak lazim dilaksanakan dalam mana2 institusi perubatan..(Malaysia agak2 ada x??)..Lakonan Robin William (ala,,,dia juga pernah berlakon dalam cerita Peter Pan,,ingat x?)ini amat hebat.Beliau mampu membawa revolusi dalam merawat pesakit di sudut yang berbeza..beliau melihat situasi di wad agak pasif.Hal ini kerana kelihatan pasif apabila rawatan tanpa meyuntik aspek2 kerohanian...walhal,kerohanian juga penting dalam memenangi hati pesakit...Beliau suka berjenaka..menghiburkan ..menceriakan suasana diruang peskit..walhal,bertentangan dengan kebiasaan sebagai tugas doktor..Hari demi hari,.beliau ditentang dengan pelbagai caraoleh doktor lain...Namun,beliau tetap teguh dengan pendirian agar mendirikan sebuah  klinik sendiri yang bernama Gesundheit Clinic.......Niat beliau hanyalah mahu melihat pesakit hidup dalam keadaan ceria dan mahu membantu para pesakit yang tak mampu...Namun,mampukah beliau teruskan usahanya walhal mendapat 1001 tentangan dari pelbagai pihak?....


11)TITANIC http://www.youtube.com/watch?v=6HBTpK5X3E0



Baiklah.....kenapa aku memilih TITANIC?..Sudah tentulah isi kandungan cerita ini hebat kan..Pertama,cerita ini mengangkat ruang lingkup percintaan yang hebat antara dua pasangan tanpa mengenal masa,situasi, hayat dan ruang...Ayat yang paling aku suka ialah "I jump U jump"..wah,masih diingati sehingga kini tau. Lakonan Leonardo dan Kate Wislet ini,memang berkesan....Cerita ini bermula,Rose mahu kahwin dengan lelaki kaya tetapi,beliau telah bertemu dengan Jack...hm,lain plak jadi ya...hehe..mereka terus dilamun cinta..Namun,pelbagai maslah dihadapi..sehingga mereka telah terpisah..(so sad!!)..sape tak nangis cerita ni mmg xde perasaan..(gurau jer)..Namun,persoalanya,Sanggupkah kita berkorban demi orang tersayang walaupun pilihan bukan datang tanpa diduga?...Pendek kata,setiap pengorbanan dari orang tersayang itu tentulah terpahat di sanubari sehinga akhir hayat jika cinta sejati itu lahir diwaktu sukar,suka dan lara....sekian.....

NOTA KAKI: Hendak sangat tengok cerita MUALAF....belum ada kesempatan lagi..


3 comments:

Unknown said...

knp byk cerita yg ko tgk ak xpnah tawu pun~hehe..len kali ak leh try tgk plak..

Syafiq said...

Anip !!!
U Jump I Jump !!!
Bkan I Jump U Jump !!!
Ahahaha !!!

Anif Abdullah| AA said...

Maaflah..dah tak berapa ingatla..hu3