Wednesday, August 29, 2012

Fenomena Gangnam Style..Haha







Kata Wiki : 

Gangnam Style is a 2012 K-Pop single and Internet meme by the South Korean rapper Psy. Gangnam Style is widely praised for its humour, catchy rhythm as well as Psy's unusual dance moves that have introduced many people to K-Pop. First released on July 15, 2012, it entered the Gaon Chart singles chart at number one upon release..
 "Gangnam Style" is a Korean language colloquialism that refers to a luxurious lifestyle associated with the Gangnam district,an affluent and trendy area of Seoul.

Kata Mereka (Artis /Reporter/ Blogger) Di Twitter : 








Apa Pula dari 9GAG :


For sure, mesti korang dah tengok video dancing dia kan? Mula-mula tengok macam tiada perasaan dow, lama-lama macam best pulak. Jangan tak tahu, kemain haa dah 68 juta orang view kat Youtube. 
Menjadi siulan di Twitter,Fb dan lain-lain..
Den pon dah tak larat nak tengok "parody" dari pelbagai style. Ada okay ,ada yang barai. Hua Hua.

Reaksi den bila tengok video klip itu... Demm!! 



NOTA KAKI : Apa reaksi korang tengok video ni? Haha

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum dan Salam Persaudaraan,
Di hari mulia ini ,AA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ,Maaf Zahir Dan Batin. 
Maafkan lah jika ada terkasar bahasa, terkurang atau terlebih dalam mengeluarkan kata-kata. Jangan lupa berterima kasih pada bulan ramadhan kerana menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Err.. Istiqamah mana yang baik.

TIPS KETIKA BERAYA:

1) Hati- hati di jalan raya
2) Jangan main mercun. Bunga api xpe.. Hihi
3) Jangan terlalu mengharap duit raya. Carilah kemaafan dahulu.
4) Jagalah makan dan minum. Masa tengah makan tu, cuba bayangkan nilai kalori terpacul keluar. Haha
5) Utamakan silaturrahim. Bukan selalu dapat bersua muka kan?

TIPS NYALAKAN MOOD KETIKA BERAYA:

1) Dengar lagu raya
2) Menerima tetamu dengan tangan terbuka k
3) Tengok gelagat kanak -kanak
4) Habiskan masa bersama orang yang tersayang
5) Makan makan makan makan makan .Kan?


Baiklah itu sahaja. Mungkin AA akan lama mendiamkan diri ketika lebaran ini. 
Al maklumlahh.. busy dik. konon kan! Hahaha. lepak kat twitter dow


eh jap, terima kasih pada yang sudi hantar kad raya, *terharu
siapa nak duit raya datang umah den ;p
Assalamualaikum. Kbye.





NOTA KAKI: Cadang nak buat Vlog untuk wish raya, tapi segan la plak.. Ececeh.. 

Tuesday, August 14, 2012

Kucingku.. Dalam Kenangan




i miss u like crazy ,lepas ni.


video
For the last moment :'(


Trivia 
-The name is Meow. Male enough.
- Seekor kucing yang naughty tapi taat setia. Tak pernah kacau orang tengah makan. "kami ajar dia supaya berdisiplin"
-One of the most kucing yang paling lama stay di rumah ini. Since 2004 - 2012. 
-Pernah hilang 2 bulan. Tak balik rumah. Semua orang risau,then he came back.
-Menemani daku tatkala keseorangan dirumah.

-Suka tidur di bawah kaki my family members n me too. Sweet !
-Terlebih jinak 
-Suka wiskis dan durian. DURIAN?


Sejak 2011
-Health issue. Kena bisul di bahagian telinga - "dah okay sejak awal tahun 2012 " , Sejak awal bulan Julai 2012 ,sakit di bahagian kemaluan pulak " busuk dan menanah"
Bad condition.





Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]



Viva Forever
R.I.P





NOTA KAKI: "Allah lebih sayangkan dia" 
*aduh, den xleh la post benda sedih2 ni. tp nak share gak kesedihan di dalam hati nie 

Thursday, August 9, 2012

12 Alasan "hello,aurat konon!"


Assalamualaikum. Entri nasihat.
Semoga ada inputnya.
Disini, AA cuba kaitkan alasan ..alasan? yup,alasan popular kenapa wanita enggan menutup aurat dan sedikit teguran melalui lirik lagu yang hebat dari Malique

Credit:
Alhamdulillah (feat Yasin)
Mantera Beradu (feat M. Nasir)
Cerita Kedai Kopi (feat Salam)
Aku Maafkan Kamu (feat Jamal Abdillah)

1) Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?



2)Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.



3) Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

 

4) Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.




5)Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.




6) Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.




7) Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.


8) Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.



9) Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)



10) Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.



11) Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 



12) Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya..



Semoga di bulan ramadhonn ini, menjadi titik permulaan untuk mereka (boleh) berubah.
AA nak tegur dengan hujah sendiri pon ..al maklumlah, ilmu masih goyah. 
Jadi ambik lerr kata2 indah/nasihat dari beberapa lirik lagu yang hebat nie... Huhu
Walaubagaimanapun.............................................
Kita doakan. Bukan menjatuhkan.
Kan?





NOTA KAKI: Maaflah kalau entri ini buat "korang" terasa. Peace!
NOTA KAKI 2 : Malique seorang yang hebat dalam menyampaikan madah tersirat :)

Monday, August 6, 2012

Tips 10 Perkara Penting Untuk "Dikongsi" Dalam Facebook






1)Tarikh lahir
Mendedahkan tarikh lahir sebenar korang adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan korang kepada kecurian identiti. But,it depends....

2) Nama ibu
Korang perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3) Alamat rumah anda
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman korang kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, kat Pulau Langkawi ni uols, cuti-cuti Malaysia.” (Pfffttt)

4) Perjalanan jauh dari rumah
Status yang memberitahu ketiadaan korang dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah engkorang tu sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.


5) Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika korang ‘check-in’ sama ada hospital atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6) Gambar yang tidak sesuai
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Lagi-lagi pompuan. Ingat!

7) Pengakuan atau kekecewaan
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan korang jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan..Hoho

8) Nombor telefon
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana korang berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.. Kalau nak jual sesuatu barang, camne plak ?.. PM sudah..

9) Mengira detik percutian anda
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan korang berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada korang berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10) Gambar di dalam rumah
Mempunyai lappy yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan rambut palsu dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah korang sangatlah tinggi.

**11. Status Dalam B.I
Mesti akan ada orang kata kita berlagak..Ye dak? Huhuhu





Baru potong rambut. Ringan sikit kepala. Nsib baik x buat botak.hoho *selekeh






NOTA KAKI:  Facebook dah tak privacy macam dulu. Kita like picture orang lain pon, dah naik notification . So hati-hati :)
NOTA KAKI 2 : Nak try buat "Comment moderation" plak ah.. huhu