Tuesday, February 28, 2012

Pada Suatu Hari : Kongsi Air


Pada suatu hari.. 
Masa sekolah dulu, aku memang suka bawa air mineral & letak atas meja

Botol airku begitu gagah berdiri seperti tuannye.. Malah,bentuk badan dia juga gojes
sehingga boleh mencairkan pada sesiapa yang memandangnye..wiwit!!
Tapi- tapi..
Menjelang tengahari, hanya botol air aku sahaja yang masih penuh dengan air..
Tak tahu kenapa,dan tak sempat pulak buat kajian. Hihihi
Aku suka air sejuk saje.. tak retilah air mahal-mahal
Selepas itu,datang seorang mamat ini..
"nip nak air.."
"ok. ambiklah" nada suara seperti tarmimi siregar

Belum sempatku nyatakan syarat ..Dia sudahpun,

glurpp.. glurpp.. 5 teguk setengah mungkin =,='

Lalu ku bermonolog sendirian,

kenapa cara dia minum berbeza sungguh dengan aku?
botol tu kena mulut dia ke?
mulut dia busuk tak?
cantiknya kerongkong dia..eh?




"THANKS nip. Fuh,lega!"

terima kasih erra sebab memahami .sobss




NOTA AA : Tak suka orang minum air botol guwa kalau kena mulut #pitam

Monday, February 27, 2012

Pada Suatu Hari : Robeah Interframe


Pada suatu hari.. burung-burung pon berkicauan.. lembu-lembu pula bertepuk bertampar dengan seladang..
Bermula lah kisah tentang kehidupan seorang anak muda bernama Robeah.. Beliau bercita-cita untuk menjadi
seorang pelakon yang serba boleh..Ececehh.. Baca kisah selanjutnye..


PARA PELAKON: 

Robert Patinson @ Robeah (nama dalam facebook)

Dalam kisah ini,

Robeah jadi seorang yang kaki dancing..

Robeah juga jadi pelakon pembantu dalam Harry Potter siri yang.. err,tak pasti

sesekali Robeah juga muncul dalam adegan percintaan.. walaupun watak sipi2

juga...

eh Robeah juga tak digemari oleh Lord Voldemort..
Mungkin Robeah terlalu suka melompat?kita tak tahu =.='


Robeah pernah interframe atau muncul dalam cerita lama-lama..

Akhir sekali.. kisah Robeah mendapat perhatian dalam temu bual bersama Akak Oprah :D
Begitulah kisah untuk hari ini..
Robeah Interframe.. Di mana-mana sahaja dia berada.. Dia memang serba boleh :)
Kata-kata perangsang dalam kehidupan beliau ialah "andalah pelakon yang saya cari by Rosyam Nor" - kbai.



NOTA KAKI:  Tak salah melompat (nak interframe) tapi biarlah ikut situasi :D

Friday, February 24, 2012

Pada Suatu Hari : Vampire

Pada suatu hari ...

PARA PELAKON:

1) Vampire dari Kampung Janda Baik

2) Aziz Singah (suami)

3) Wan Maimunah (isteri)

Vampire : Aku adalah Vampire !!Aku adalah Vampire !! ~ Huarghhh!!
Aziz Singah : Yeke? Siapa cakap?
Vampire : Akulah cakap.. Huarghh!!
Aziz Singah : Macam tak kelakar je.. Vampire versi pompuan? ada ke?
Wan Maimunah: Abang jangan banyak tanya lah.. dia nak darah tuh ~ Larikk!!
Vampire : Aku tak kata pun nak kejar kau Munah.. Aku nak kejar laki kau ~ Hua.Hua.Hua
Wan Maimunah : Ok finee.. finee!


*****


Aziz Singah : Kau Vampire wati?
Vampire: grrrrrrrrrrrrr...jangan banyak tanye, bak sini leher!!
Aziz Singah : Orang tua kata kalau orang tu baik ,dia takkan kata diri dia baik..hmm, begitulerr....
So,aku andaikan kau ni bukan vampire lah kan? ~ okeilah.. Buatlah macam umah sendiri ye..
Vampire : grrrrrrrrrrr.. *tak paham*





Aziz Singah : Makanlah kuih yang ada atas meja tu.. Jangan malu-malu..
Vampire : *^&H%%$U$^ g** (google translate: aku nak darah kau ler orang tua..grrr)



NOTA KAKI: Orang baik akan layan tetamu dengan baik?? :D

Monday, February 20, 2012

Cucuk Sana Cucuk Sini



Zaman milinium ini kalau kita lihat,ramai sangat artis cucuk sana..cucuk sini.Cucuk?? aiyoo macha,bukan cucuk-cucuk "opocot kau!" yang melatah itu k. Tapi,apa yang AA maksudkan ialah berkaitan dengan suntikan kolagen dan botox. Paham tak adik-adik..?? Haa.. Bagus.
 Dan paling tak boleh terima hakikat kalau tengok drama,bukan tengok lakonan dia tapi satu keluarga kemain duk tengok dagu dia,hidung dia.. kahkah =.=’

Sshhhh... AA pernah gak amik cucuk-cucuk ini. Tapi ..err.. (rujuk muka surat 13)

Jawapan paling ngeri abad ini apabila wartawan tanya,

Adakah benar perubahan pada wajah awak ini di sebabkan suntikan botoxxx ?Sila komen dengan jujur ..
Artis A :
“hey.. mana ada. Ini cuma teknik solekan sahaje k.. Mencikk.. Mencikk!“ (off pangilan dan terus merajuk 4 bulan tak pergi tutti frutti )

Artis B :
“Ouh ini tidak benar. TIDAK BENAR..Saya amalkan pemakanan yang sihat okeyhhh. Cuba tengok celahan gigi saya ini.. ada sisa buah epal dan mangga lagi. Jadi,makanlah buah-buahan ye. Kulit pon jadi gebu k “ (semua orang ternganga)

Artis C :
“No komen.. No komen” (2 hari kemudian, baru mengaku dalam surat khabar)

Artis D :
“Ini semua anugerah tuhan dik.. ahkakk terima seadanya dengan kulit cantik ini ha. Kau ader?? (wartawan ini sentap lalu bunuh diri)

Sememangnya kalau untuk tujuan kesihatan/mengaibkan diri sendiri,memang tak salah dari segi syarak .Betul kan?? jika AA silap,tolong betulkan ye 

Kadang-kadang den jadi tak paham.. Umur dah macam 58 tahun bercucu 13org ,lagak gaya mengalahkan umur 24 tahun.Dan benarlah kata pepatah,kalau ta dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunye (eh apa kaitan?)

*muka surat 13 berkata bcg/vaksin 


"siapa nak kiss saya..ha cepat lah!"


NOTA KAKI: Cantik dalaman boleh mengatasi kecantikan luaran k...ececeh..

Friday, February 17, 2012

Ini Bukan Video Lucah


testing.. testing 

video



NOTA KAKI :  Apa aku merepek ni.huhuu..Maaflah video kurang baik(hujan,tak clear,senget)...Secara tidak langsung saje k,
Bosan-bosan. Hee :)

Monday, February 6, 2012

Membawa Diri




NOTA KAKI: Mintak maaf kepada semua pembaca, mood blogging memang dah out ~ 
Then,selepas ini AA mungkin akan add facebook korang balik.. Nak buat baru . Ada orang yang kesah ke? tak kut :( *forever alone