Saturday, December 15, 2012

Mencari Tempat Praktikal / Internship (Part 2)



hiks

Assalamualaikum and Hi Peeps ^^

Woo, lama betul tak update blog wa cakap luu
Being busy dengan research paper, invitations and else.
Hari ini tiba tiba pula jari jemari jadi ringan nak berkongsi kegembiraan dengan semua. Takpe kan?
Baiklah. Previously, AA ada post mengenai - Di mana tempat praktikal yang sesuai dan bla bla... right ? (sini)
Mostly pembaca memberi komen yang positif dan membina. Sesungguhnya komen tersebut AA jadikan "alarmer" dalam diri AA agar mampu buat pilihan yang terbaik sebelum menjalani Latihan Industri/ Praktikal.

Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan mencari tempat LI yang sesuai dan AA boleh katakan more than 3 companies memberi memberi respond yang baik. Yang kurang baik, kita tolak tepi.
Tapi AA sudahpun buat keputusan yang sewajarnya. Jawapan yang keluar dari gerak hati orang kata. Ecece..
Company yang menjadi pilihan AA ialah Automotive Corporation Malaysia (ACM) di Batu Caves. 
Thanks to akak HR yang baik hati memilih AA untuk menjalani praktikal di sana. Terharu baq hang! 
Actually , im so happy sebab hasil usaha sendiri kann tanpa bantuan dari pihak Universiti or orang dalam :)





 Lagi sebulan setengah juga laa nak start training. Excited kemain kann. Haha
So selepas ini, fokus pada Final Exam pula. Tak perlu nak pening pening kepala kome nak mikiorrr nyeerr! Bhaha. Cuma yang menjadi masalah di sini ialah  " GI MANA SEY NAK CARI UMAH/BILIK SEWA?" Untuk pengetahuan semua, AA just dapat elaun saje dan penginapan itu usaha sendiri. Yelaaa..Nak berulang dari Cheras - Batu Caves jauh kan?

So antara alternatif yang AA cuba lakukan ialah,

1) Survey sendiri di internet kalau ada umah/bilik untuk di sewa
2) Minta tolong dari rakan-rakan yang stay di UIA. Rakan blogger yang jadi mangsa den ialah Ezay Hadry. LOL!
3) Bertanya juga pada rakan (blogger/uni) lain yang duduk area Batu Caves or Gombak. Help help ^^
4) Last choice is stay umah abang di Cheras dulu and then try tanya staff yang perlukan housemate.

Any idea?




NOTA KAKI: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)

Wednesday, November 21, 2012

Sweet 23





Assalamualaikum
Sebelum hari ini terlewat
Izinkanlah ku genggam tanganku ini
Memandang langit biru dengan mata hati
Memeluk diri dengan hangat sekali
Membisikkan sesuatu.. 

Dengan Bertambahnya umur
Maka bertambah juga kebahagiaan diri ini
Dan Bertambah-tambah cintaku PadaMu(amin)

Selain mengingatMu
Tiada lagi yang lebih penting buatku.
Benar Tuhan mendengar..
Benar Tuhan lebih tahu sangkaan kita..
Kita masih ada ruang untuk mengumpul pahala
Kita masih ada peluang untuk mengisi diri dengan Iman dan Ilmu
Kita masih ada kesayangan
Kita masih boleh tersenyum


Namun jauh di sudut hati 
Masih sayu dan hiba melihat saudara-mara Islam
kita dihina, dilanyak dan dirobek tanpa
belas kasihan...



AA anggap dia macam "mak".sukaa dengar ceramah beliau. Menyentuh di jiwa :)








NOTA KAKI: Hmm, Happy Birthday. Sweet 23. May Allah Bless Me (> ,< )V


Tuesday, September 25, 2012

Mencari Tempat Praktikal / Internship






Assalamualaikum.
Entri super serious.

Hari ini den nak post sesuatu yang serius ,sepanjang 3 tahun menjadi pelajar di UUM. Nah, sudah tiba masanya untuk den melalui suatu peringkat yang lebih crucial.

Insya Allah , pada 4 Februari – 26 Mei 2013, saya Muhammad Hanif Abdullah seorang pelajar business admin (logistics and transportation) akan mula menjalankan latihan industri (LI),praktikal atau internship di sebuah organisasi. Sesuatu yang mendebarkan bukan?

Sepanjang di Kedah ini, banyak sudah den belajar menjadi insan yang berdikari, utamakan kasih sayang dengan orang jauh, kenali diri sendiri, hamba Allah yang banyak kekurangan dan ilmu pengetahuan, dan banyak juga bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang membantu dan ada menjatuhkan. Cukup ku hargai. Cuma cuma cuma,yang belum ialah menzahirkan atau mengaplikasikan apa yang kita pelajari secara “real”. 

Sememangnya den dah bersedia . Namun begitu, tipulah kalau tak di tanya dengan soalan popular semester (akhir) ini :

“kau dah cari tempat praktikal ke belum?”
“dapat company mana? Ada elaun x?”
“kau pilih tempat praktikal kat company swasta atau government?”

 OKAY FINE. Hampir setiap hari, Semua persoalan ini masih berlegar-legar di benak fikiranku 
Sedikit sebanyak, muncul juga bisikan negatif (tak cool) yang macam ini 

“alaaa.. kau guna kabel boleh laaaa.. aku ni sape je?”
“result korang gempak.. no wonderrrr lah”

Buat masa ini, den masih tercari- cari tempat praktikal yang benar-benar sesuai dan menepati kehendak course. Sebab nanti kena buat report kan, so kena pilih tempat yang related..

Jika tak keterlaluan, den mahu company terbabit menyediakan elaun ataupun tempat penginapan ( memilih sgt ke camne?)
Sebenarnya ada beberapa company di Shah Alam dan Kuala Lumpur  telah memberi respon yang baik. 
Misalnya,

Diorang nak buat interview plak. Tak tahu bilanya..

Konsertium Logistik Berhad.. (belum bagi comfirmation lagi)

Di bawah ini merupakan subjek major dalam couse saya:


Kalau boleh, den nak buat praktikal di sekitar Seremban (mahu try area dekat2 umah), Cheras (dekat dengan rumah abang), dan Shah Alam ( company banyak kan?) Tapi ...... kalau tak dapat dekat area tersebut, for sure nak juga sekitar Kuala Lumpur ,Selangor. Malas laaa jauh2 weh. Nanti melibatkan kos lain plak kann

Untuk itu, 
Anep nak sangat minta PANDANGAN atau IDEA dari kalian semua. Bantulah saya..
Kalau ada kawan atau pernah berpengalaman dengan sesuatu syarikat.  DI PERSILAKAN. . URGENT SANGAT NI :(

Kepada COMPANY yang mahu mencari praktikal student dan related dengan course saya, boleh email di sini: dokumen89@gmail.com ataupon di FACEBOOK
Kerjasama anda semua amat saya hargai. Thanks :)



NOTA KAKI: Antara entri yang paling serius tahun ini. Selepas ini, dah busy dengan research/assignment woii. Take care semua. Jumpa lagi, Bye.

Monday, September 17, 2012

Nombor Phone Anuar Zain



Assalamualaikum. Abaikan tajuk di atas naaa :p
Pergh...Kemain lama sungguh tak update blog. Sampai password pon tanya orang sebelah, over tak haku?
Wokeh hari ini nak cerita tu takde lah cerita mana. Sebab aku pon tak reti nak cerita apa. Haa apa ni? apa ni ?


Begini ceritanya, sabtu lalu (15 Sept) UUM telah menganjurkan Konsert DiRaja Menjunjung Kasih Universiti Utara Malaysia kali yang ke berapa tah.
Pada awalnya, AA tak pergi pon konsert nie. Yerlah tiket mahal dan tiada member nak pergi.Lagipun, elehh Anuar Zain je ponn. Lain lah Adele ke... Wan Maimunah ke... Azwan Ali ke datang, aku pergi lah. Kann *fuuuu

Tetibe time petang sebelum konsert tersebut bermula,AA dapat mesej yang berbunyi begini. 

XYZ : Nak tiket free konsert diraja?

Muka haku terus berubah jadi begini. Serius tak tipu!

Nak tengok tiket itu? 

Haaaaaaa... ini dia

In short, AA rasa bertuah lah dapat offer dari seseorang untuk hadirkan diri ke Konsert DiRaja ini. Tiket ada RM30 dan RM50. So, nak berterima kasihlah pada beliau. Bukan senang kan nak hadir dengan tiket vip .Hiks. Pergi sana, syukur dapat jumpa kawan sama kolej. Tak lah bosan sangat.

Untuk itu, beberapa gambar untuk tatapanssssssss !!!

Duduk belakang media. Sempat main -main mata dengan reporter weh.. Kehkeh








Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Tiada masalah cuaca atau technical. Music arrangement dari Istana Budaya, best gilerrr!
Anuar Zain telah menyampaikan beberapa lagu berhantu beliau seperti Lelaki ini, Ketulusan Hati, Cinta Harus Memiliki, Ajariku (lagu baru kut) dan Sedetik Lebih.Suara dia perghhh.. Memang ramai melting!

Untuk informasi tambahan ,baca di ruangan myMetro ini 

Okaylah sampai di sini sahaja perkongsian. Haha,Kbai.



NOTA KAKI: Selepas ini busy kemana pula ya? Mungkin ke Shah Alam :D

Wednesday, August 29, 2012

Fenomena Gangnam Style..Haha







Kata Wiki : 

Gangnam Style is a 2012 K-Pop single and Internet meme by the South Korean rapper Psy. Gangnam Style is widely praised for its humour, catchy rhythm as well as Psy's unusual dance moves that have introduced many people to K-Pop. First released on July 15, 2012, it entered the Gaon Chart singles chart at number one upon release..
 "Gangnam Style" is a Korean language colloquialism that refers to a luxurious lifestyle associated with the Gangnam district,an affluent and trendy area of Seoul.

Kata Mereka (Artis /Reporter/ Blogger) Di Twitter : 








Apa Pula dari 9GAG :


For sure, mesti korang dah tengok video dancing dia kan? Mula-mula tengok macam tiada perasaan dow, lama-lama macam best pulak. Jangan tak tahu, kemain haa dah 68 juta orang view kat Youtube. 
Menjadi siulan di Twitter,Fb dan lain-lain..
Den pon dah tak larat nak tengok "parody" dari pelbagai style. Ada okay ,ada yang barai. Hua Hua.

Reaksi den bila tengok video klip itu... Demm!! 



NOTA KAKI : Apa reaksi korang tengok video ni? Haha

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum dan Salam Persaudaraan,
Di hari mulia ini ,AA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ,Maaf Zahir Dan Batin. 
Maafkan lah jika ada terkasar bahasa, terkurang atau terlebih dalam mengeluarkan kata-kata. Jangan lupa berterima kasih pada bulan ramadhan kerana menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Err.. Istiqamah mana yang baik.

TIPS KETIKA BERAYA:

1) Hati- hati di jalan raya
2) Jangan main mercun. Bunga api xpe.. Hihi
3) Jangan terlalu mengharap duit raya. Carilah kemaafan dahulu.
4) Jagalah makan dan minum. Masa tengah makan tu, cuba bayangkan nilai kalori terpacul keluar. Haha
5) Utamakan silaturrahim. Bukan selalu dapat bersua muka kan?

TIPS NYALAKAN MOOD KETIKA BERAYA:

1) Dengar lagu raya
2) Menerima tetamu dengan tangan terbuka k
3) Tengok gelagat kanak -kanak
4) Habiskan masa bersama orang yang tersayang
5) Makan makan makan makan makan .Kan?


Baiklah itu sahaja. Mungkin AA akan lama mendiamkan diri ketika lebaran ini. 
Al maklumlahh.. busy dik. konon kan! Hahaha. lepak kat twitter dow


eh jap, terima kasih pada yang sudi hantar kad raya, *terharu
siapa nak duit raya datang umah den ;p
Assalamualaikum. Kbye.





NOTA KAKI: Cadang nak buat Vlog untuk wish raya, tapi segan la plak.. Ececeh.. 

Tuesday, August 14, 2012

Kucingku.. Dalam Kenangan




i miss u like crazy ,lepas ni.


video
For the last moment :'(


Trivia 
-The name is Meow. Male enough.
- Seekor kucing yang naughty tapi taat setia. Tak pernah kacau orang tengah makan. "kami ajar dia supaya berdisiplin"
-One of the most kucing yang paling lama stay di rumah ini. Since 2004 - 2012. 
-Pernah hilang 2 bulan. Tak balik rumah. Semua orang risau,then he came back.
-Menemani daku tatkala keseorangan dirumah.

-Suka tidur di bawah kaki my family members n me too. Sweet !
-Terlebih jinak 
-Suka wiskis dan durian. DURIAN?


Sejak 2011
-Health issue. Kena bisul di bahagian telinga - "dah okay sejak awal tahun 2012 " , Sejak awal bulan Julai 2012 ,sakit di bahagian kemaluan pulak " busuk dan menanah"
Bad condition.





Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]



Viva Forever
R.I.P





NOTA KAKI: "Allah lebih sayangkan dia" 
*aduh, den xleh la post benda sedih2 ni. tp nak share gak kesedihan di dalam hati nie 

Thursday, August 9, 2012

12 Alasan "hello,aurat konon!"


Assalamualaikum. Entri nasihat.
Semoga ada inputnya.
Disini, AA cuba kaitkan alasan ..alasan? yup,alasan popular kenapa wanita enggan menutup aurat dan sedikit teguran melalui lirik lagu yang hebat dari Malique

Credit:
Alhamdulillah (feat Yasin)
Mantera Beradu (feat M. Nasir)
Cerita Kedai Kopi (feat Salam)
Aku Maafkan Kamu (feat Jamal Abdillah)

1) Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?



2)Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.



3) Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

 

4) Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.




5)Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.




6) Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.




7) Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.


8) Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.



9) Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)



10) Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.



11) Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 



12) Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya..



Semoga di bulan ramadhonn ini, menjadi titik permulaan untuk mereka (boleh) berubah.
AA nak tegur dengan hujah sendiri pon ..al maklumlah, ilmu masih goyah. 
Jadi ambik lerr kata2 indah/nasihat dari beberapa lirik lagu yang hebat nie... Huhu
Walaubagaimanapun.............................................
Kita doakan. Bukan menjatuhkan.
Kan?





NOTA KAKI: Maaflah kalau entri ini buat "korang" terasa. Peace!
NOTA KAKI 2 : Malique seorang yang hebat dalam menyampaikan madah tersirat :)

Monday, August 6, 2012

Tips 10 Perkara Penting Untuk "Dikongsi" Dalam Facebook






1)Tarikh lahir
Mendedahkan tarikh lahir sebenar korang adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan korang kepada kecurian identiti. But,it depends....

2) Nama ibu
Korang perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3) Alamat rumah anda
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman korang kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, kat Pulau Langkawi ni uols, cuti-cuti Malaysia.” (Pfffttt)

4) Perjalanan jauh dari rumah
Status yang memberitahu ketiadaan korang dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah engkorang tu sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.


5) Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika korang ‘check-in’ sama ada hospital atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6) Gambar yang tidak sesuai
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Lagi-lagi pompuan. Ingat!

7) Pengakuan atau kekecewaan
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan korang jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan..Hoho

8) Nombor telefon
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana korang berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.. Kalau nak jual sesuatu barang, camne plak ?.. PM sudah..

9) Mengira detik percutian anda
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan korang berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada korang berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10) Gambar di dalam rumah
Mempunyai lappy yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan rambut palsu dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah korang sangatlah tinggi.

**11. Status Dalam B.I
Mesti akan ada orang kata kita berlagak..Ye dak? Huhuhu





Baru potong rambut. Ringan sikit kepala. Nsib baik x buat botak.hoho *selekeh






NOTA KAKI:  Facebook dah tak privacy macam dulu. Kita like picture orang lain pon, dah naik notification . So hati-hati :)
NOTA KAKI 2 : Nak try buat "Comment moderation" plak ah.. huhu

Monday, July 30, 2012

Jom Kita Imbas Permainan Paling Best Zaman 90an



Salam. Hari ini tetiba AA tergerak hati pula nak ajak korang semua imbas balik nostalgia, apa benda/game yang paling femes pada tahun 90an !!
Saje nak bagi korang menangis dan teringat balik zaman muda-muda dulu . Bhahaha

Okay, here we gooooooooooo...!!



Permainan Bingo..... Siapa paling cepat isi tempat kosong, dia menang!
 Lumba-lumba kapal......... Pilih longkang yang air laju beb!


 Tag nama guna benang (hanya boleh 2 warna) dan gantung kat beg.... Bapak riak time ni. Haha


Tarik bola ............

 Enjit- enjit semut woii......

 Main laser..........
 Main bola kertas...... Daya tumpuan amat di perlukan main benda alah ni. kehkeh


Main tutup botol..........
 Brick Game... Menemaniku di kala bosan-bosan !

Main Dadu Ular.... Gigih laa nak sampai paling atas !

 Game apa eh? Kena sampai ke garisan penamat dan tak boleh gostan. Haha


Of course semua orang pernah main........

Den suka main benda alah ni...... Tiup kat rambut budak.. Kehkeh

Apa eh nama dia? Err.. Yang pasti benda alah ni kita kena tiup ,buat belon dan tak boleh biar angin keluar



Main Tape Kaset.. Tarik panjang2 dan ikat kaki member. Kejam gila den dulu !
 

 Main Sticker.......... Zaman kegemilangan Dragon Ball woii


Drawing........... Punyalah jakun AA dulu main minatang ni. Haha


Main kad..........

 Main gegelung .........  Berebut dengan adik beradik nak main benda ni dulu... 

 Main guli...................

 Main tenung- tenung mata... Siapa kelip mata dia kalah. Hehe


Punch Bag Doraemon.... Ingat? Alaa bwh tapak dia macam ada pasir dan sentiasa tegak je minatang ni

 Main Jet Pejuang....... Budak laki gemar main benda alah ni. Haha

 Tora datang lagi ...!  Haha


Main Salji-salji... Gesek benda  alah ni kat pokok/batu. Best habaq hang !


Kalau beli cekedis, sure akan dapat... Kapal Sambung-sambung


 Main getah..... Legend !!
 Main Nama-Nama Negara........... Salah seorang diberi giliran untuk pilih abjad.


 Main Buka-Katup?? Entah lupo..... Lawak siut main benda alah nii
 Main bakar-bakar mancis... 

Main Gigi Drakula.......... Malam-malam utk takutkan orang. haha


 Main Lego.......



Main Tin Milo............ AA pernah tergolek main benda alah ni. Kehkeh


Main tukar-tukar KAD NAMA... Dulu, memang popular benda alah ni. Ada gambar Shah Rukh Khan la, Hello Kitty la.....
 Kumpul Robot Askar..............

Main Bebola Keluli dalam pembaris...... Best !
 Main Piring Terbang..............

Main Pistol Air........

Main Tembak Dinding..................

Main Pemadam........... Macam2 negara ada. Pilih jangan tak pilih ! Haha 



Main Pedajal "tulis" dan lekatkan kat belakang baju member...Haha


Main Gegelung/Spring......................
 Main Tenteng............................


Main Titik......... Buku Math amatlah diperlukan time ni dulu. Kehkeh
Main Topeng.... Lekatkan kertas dekat belon dan pecahkan... Haha


Main Angkat Angkat.................. Siapa paling ringan, dia jadi mangsa di angkat oleh 4 orang. Den dulu badan kecik, best woo kena angkat, Haha
 Main lastik..................



Dan, permainan 90an yang paling legend ialah...........................

Baling Selipar............
 Baling Tin.....................

Main Konda-Kondi/ Catuk Ayam.........................



Amacam ?? haaa,mesti korang tengah senyum-senyum kambing sekarang ni kann. Al maklumlah...Teringat balik zaman-zaman innocent dulu. Haha. 
Actually banyak lagi nak senaraikan ni. Tapi kang sampai besok plak tak abis .So, amik je yang ini dulu ya.
Game mana paling best? Rasanya semua kut. Okay lah. Wa chow dulu. Kbai.





Oh sungguh tidakku lupa. Tahniah "blog sampah" kerana jadi follower blog ini yang ke- 2000. Cool :)





NOTA KAKI: Sumpah budak dulu-dulu sangat lerr kreatif. Rindu zaman ni semua !!