Thursday, October 27, 2011

First Time Naik Flight dan Menghilang Seketika




tiket pulang ke kampung A,Setar-KL.. Lpeas tu naik tren ke Sremban :)
Asalamualaikum..
Sebelum itu,nak berpantun 4 kerat boleh...?? ehem.. ehem.. 
"Korek Hidung Rasa Bahagia,
Jiran Sebelah Sibuk Nak Cuba,
Pestime Naik Flight Rasa Gelisah Di Dada,
Tapi Sebabkan Report Esaimen Ku Redah Sahaja"

Walaupun pantun itu berbunyi hodoh,tapi saya rasa patut berPERASAN hensem lagi bergaya pada esok hari .. Sudah berangan duapolohsaat,si pramugari dekat airport A,Setar itu akan berkata begini...

"encik anif.. ada apa-apa yang boleh saya tolong?"
"boleh.. berikan saya jus oyen "
"baik,encik anif" --> eh mana dia taw nama guwa
"opss. kasi straw lebih"
"nakal.. babap nak?
"......."

hoi-hoi, dalam drama petang-petang boleh lah kau berdialog sedemikian rupa..
Tapi,kalau di alam realiti maybe kau dah tercekik ulat beluncas baru si dia perasan...jadahnye ulat beluncas ada dalam kapal terbang ..err..Alaa,bukan apa. 1st time naik flight ni. Selalunya, main baling-baling kapal terbang kertas ,tunjuk-tunjuk kapal sedang lintas di langit biru..dan tgok awan dania pon dah teruja.. Hehek


Hope dapat duduk tepi tingkap.. Boleh cuci mata tengok keadaan kat luar flight kan.. ececehh..

Tapi.Tapi.. Perasaan dah bercampur baur nie. Eksaited,buntu,cemas...Al maklumlah keadaan di airport macam-macam bleh berlaku... Dah la timing lewat giler.. Kawan booking tiket pulakk tanpa lihat bulan dan bintang ..Adehh,, Doakan perjalanan AA dan kawan-kawan selamat yeh  ..



NAK MENGHILANG?
Disamping itu, AA juga mungkin(not sure) akan menghilangkan diri dari dunia blog buat seketika.. Wah,kemain syahdu ayatnyer.. Hm,sejak tak bayar berukband ni,AA hanya bergantung hayat pada wifi uni jew... Jadinya cuti ke kampung pun 2 minggu + dan tiada connection lah dik..jika ada masa, kita ketemu lagi.. Anyway, jaga diri korang..baibai  :D






NOTA KAKI : Selamat Hari Raya AidilAdha Semua.. Maaf Zahir dan Batin :(

Wednesday, October 26, 2011

Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 26



"Kenapa mesti picture i? tell me.."




Berikut merupakan senarai lagu dan penyanyi (komposer/penulis lirik) yang mara ke peringkat Muzik Muzik 26 Separuh Akhir:


1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25. Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)


5 LAGU PILIHAN AA DAN LAYAK MENDAPAT TEMPAT :
1)Kisah Hati.. Lagu ini mendapat ramalan paling tinggi untuk menjadi juara.. Lagu yang penuh dengan emosi dan sesuai dengan suara Alyah.. Nicely done!


2)Awan Nano... Lagu ini AA layan beb..Best! Haha..Hasil ciptaan M.Nasir ya,salah seorang komposer yang digeruni ketika di malam AJL.. Sentiasa mendapat tempat di hati juri.


3)Kekanda Adinda... Lagu seperti ini jarang kita dengar rite? "kelahi manja-manja"antara suami isteri.. Very nice.. Hope mendapat tempat di hati juri nanti .Lalala


4)Cinta Muka Buku.. Nampaknya pesona gadis kecil molek ini semakin mendapat perhatian.. Lagu ini pon catchy,santai dan kontemporari.. Yuna ada pesaing?


5)Beribu Sesalan.. Sudah lama kita tak tengok "the wanita-wanita" suara power dekat pentas AJL kan? Maybe ada kejutan.. Hehe


Walau bagaimanapun,semua lagu yang bertanding hebat-hebat belaka.. Kita tengok jela sapa yang mampu korek idung semasa diumumkan ke final nanti ..kan? 




NOTA KAKI: Rindu dengan zaman kegemilangan irama malaysia.. kita dah tiada idea nak buat lagu ke? hmm..

Sunday, October 23, 2011

Jangan Cari Pasal : Vlog


























Entri Lalu : Jangan Cari Pasal





NOTA KAKI : Bersiap-sedialah sebelum membuat sesuatu perkara.. Dan,air yang tenang jangan disangka tiada gergaji ..?? ^^

Friday, October 21, 2011

Wordless Wed+Friday #8: Jalan-Jalan

Assalamualaikum.. 

Selasa lepas, AA dan classmates begitu gembira sekali..Sebab?main pusing-pusing area Penang,Kedah & Perlis tanpa pimpinan tangan mak ayah..err..


Sebenarnya,kami ditugaskan oleh lecturer subjek warehousing untuk buat site visit .Selepas itu, sebagai sebahagian daripada esaimen ..kenalah jugak buat report.. Sehari suntuk kami berjalan ^^
Amatlah bangga sekali sebab Majalah 3 sudi bekerjasama dengan kami untuk mendokumentarikan
report kami ini... Terima Kaseyy!!
(ok jangan cayer .Hehe)

Tempat Pertama: Kilang Hacks Malaysia,P.Pinang
NAK TAHU:
-Tak boleh bawa kamera,nanti pakcik polis tangkap "ya..saya akur encik"
-Kami dibawa ke tempat production dan pemprosesan gula-gula hacks.. Perrhh,hidung bagai dicucuk-cucuk tanpa henti oleh keharuman buah blackcurrant,lemon.. Memang rasa tak nak balik je dow.. Hahaha


Apabila staf diberi peluang menjadi artis... Sangat friendly ^^

Tempat Kedua: Beras Wangi Jati ,Pendang
NAK TAHU:
-Pernah dengar tak lagu "beras jati cap kapal layar..beras pilihan anda",Haa,disini lah kilang
beras itu.. Merupakan kilang proses beras yang paling besar di Malaysia (dengan gaya tangan sekali bercakap)
-Tak boleh ambik gambar jugak.. Nanti pakcik polis tangkap.."ya... saya akur encik"


-Selepas dengar taklimat dan slideshow,kami diberi demo cara pemprosesan beras perang.. Syok pulak tengok ^^
-Kebetulan pada masa itu,mereka ada buat LUCKY DRAW.. Memang bertuah seyh,guwa dan 2 orang rakan lain dapat beras perang (EcoBrown )5kg!! Sume pakat jelez! Wahahaha..

Ada gaya macam mangsa banjir ta? Hahaha.. (matiler aku)

Saya dapat beras free heh! (bukti:beg plastik cokelat)

Tempat Ketiga: Gudang Magnolia,Bukit Kayu Hitam
NAK TAHU:
-Kami diberi peluang untuk masuk ke dalam tempat penyimpanan aiskim ini..Serius,memang jadi aiskim ler sape duduk lama-lama.. Suhunya mencecah -12c ya adik-adik.. Sila buat muka pucat sekarang ~Ngaaaaa...
-Bateri kamera saya dan kawan-kawan serta merta kong!
-Bos kat sini baik hati..Kami diberi 4 kotak aiskim free beb! ^^
"kamu puji saya anif.. ??"
"ya.. saya puji incik.. akan datang saya datang lagi ya"
"........."

aiskim free 'kap kung kap ..sedap!'

Dah tak serupa mangsa banjir dah ni!~Masing-masing berebut nak pilih aiskim
"weh.. jangan malukan aku.. plez..plez" Hahaha

eh henpon cik dirla pun nak interframe jugak..? Hehe

Apsal rupa aku dah macam Kak Pah nih..Serupa tak?Kekeke..~
err...kekenyangan selepas makan aiskim maybe





NOTA KAKI: Pengalaman tak boleh dibeli dengan wang ringgit :)

Wednesday, October 19, 2011

Jangan Cari Pasal






















NOTA KAKI 1: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..??? 

NOTA KAKI 2 : Laptop eden kene virus.. Slow giler laptop.. Adoii!! (autorun sengal)

Sunday, October 16, 2011

5 Sebab Aku Suka Wan Maimunah


 lagi.. :P



1)Bakat Seorang Pelakon
- Nak tahu tak, kelebihan yang ada dalam diri WM ni, bagi lah apa jua watak pada beliau,sure dia boleh bawa dengan berkesan dan sesungguh terutama dalam cerita yang memerlukan air mata sebaldi..Contohnya…Lupa lahh.Hehehe.. Ada sekali semasa dia jadi artis undangan didalam rancangan Jangan Tidur Lagi,ada game yang berkonsepkan siapa paling cepat keluarkan mata.. peghhh…dengan mudahnya dia boleh menangis.. Tak sampai 30 saat…Huh!

2)Ramai Dah Pilih Lica dan Pajura
-Oleh sebab taknak bergaduh dengan peminat lain,AA pon terus memilih pelakon yang matang dan veteran. Kaya dengan pengalaman..? eh apa ni.. ta paham.. Wahaha.Wait.. lagipun sape je nak marah ..Pangkat mak-mak kita jugak.Lainlahh lica curihati eh hani.. Berebut nak..huh! (koyak –koyakkan tisu dengan manja)

3) Tak Jemu
- Cerita melayu hari ini banyak mengambil pelakon baru untuk jadi mak-mak.. Hello, pakai dai &terlampau ikut skrip tak syok lahh.. Macam tak ada kimia wa cakap luu.. Kebiasaannya macam pelakon kesukaan ramai spt Fauziah Nawi(leleh),Maimun Talib(garang2),Norlia Ghani(laser era) orang dah agak watak apa diorang nak bawak.. Kalau WM,cerita gila-gila macam ‘mak hayam’,ibu tiri dan orang giler pon jadi.. 

4)Watak Mak
-Kalau watak yang memerlukan scene lipat kain,sapu sampah,anyam ketupat, sudah semesti lah watak mak-mak kan? Tak kan nak bagi pada Lindsay Lohan pulak.. WM main peranan sebagai mak memang menjadi. Tetiba rasa redup mata dan sejuk hati.Ececehh.. Muka paling rajin jadi anak-anak ialah macam Rosyam Nor ,Jasmin Hamid,Elly Suriati (bapak ganas tgok dia lakon)dan lainlain

5) Tiada Kontroversi
-Pernahkah WM di kontroversi dengan sesiapa?Setakat hari ini takde pulak dengar..Kalau pelakon yang pernah kena banned tu,lain lah..Oh siapakah,siapakah itu?Hehe.. Pelakon baru wajar mencontohi beliau heh! Bukan terus hanyut dengan cerita cinta moyet sana sini kan? Lepas tu.... tenggelam..


Bukan setakat itu,blogger/member pon suka sangat sakat dan scandalkan guwa dengan Wan Maimunah dalam percintaan facebook woo!! Den sajo gatai-gatai lotak DP Wan Maimunah kann.. Padan mukoo! heh.heh. Takpe,guwa sporting  ^^







" jom balika jom balikaa... saya ni bodyguard AA taw!..k bai"









NOTA KAKI:  Sori sangat KAWAN.. kebelakangan ini AA sibuklah.. Takde masa nak bw. Jumlah komen pon merudum. huhu..

Saturday, October 15, 2011

Tersenyum Dalam Kesilapan






Wahh. .Tajuk macam judul lagu pulak.. kau hadoo? hehe

Perasaan Kawan Perlu Dijaga Tetapi... 
Perasan tak, kebanyakan kawan rapat kita susah sangat nak tegur kesilapan yang telah kita lakukan.. Misalnya,jika kita ponten' (sebut pelat ) kelas, Makan Maggi, Tidur lewat mengadap Fesbuk, Download Movie berjam-jam..(bukan AA tp contoh je )  Nampak macam remeh dan tidak perlu dikongkong. Tetapi, segala penyakit ini boleh membawa kesan buruk pada diri kita kelak.. Niat kawan rapat kita untuk menberatkan mulut pada awalnya nak jaga perasaan kita ..Jangan bagi sentap.. Nanti kalau sentap, takde member nak pergi shopping..makan..gossip.. Sebenarnya,sekali kawan kita biarkan.. Lagi laaa kita tak rasa benda itu salah walhal,memang salah..Jadi nak siapa tegur? Famili kita tolak ketepi sebab mereka jauh dari kita ketika studi..

Biar Sentap Sekali.. Baru kita boleh berfikir
Kalau kawan yang tidak rapat,lebih cenderung untuk bertukar-tukar idea.. Bercakap pun tidaklah terlalu mesra. Borak pon sekadar- street to the point.. Misalnya,dalam kumpulan esaimen. Tetapi boleh menjadi boring jugak.. Tidak ada idea menarik untuk meneruskan perbualan .Sometime,mereka boleh jadi penasihat dan pemerhati luaran kita.. Contohnya, "eh u look i jenis orang yang macam mana eh... " "entah.. tapi i tengok u  suka cakap tergagap-gagap..Maybe u boleh berlatih lagi untuk jadi good presenter...".. Kita pun boleh muhasabah diri dan fikir sejenak.. tapi kita boleh terima kenyataan itu sebab bukan kawan rapat kita pun.. Kalau nak jeling lelama pon takpe,sebab kawan dalam tugasan jew..(ceh )  Hee.Xdela.. Mana tahu boleh jadi kawan rapat sok lusa..


AA ada ingat kata-kata ini..
"Kau baik laa weh" si A kata
"Kau ni cantik laa" si B kata
"Kau bijak ah" si C kata
--See? Puji la sangtt orang tu kann.Ianya datang dari hati atau bibir? AA tak nak sentuh bab hipokrit.. Err jadi panjang pulak entri kang,,hmm... persoalan ini ,kita just berkata dalam hati.. "hmm.. dia saje nak test iman aku kut"-- "doa ni.. aminnn" --  ngaaaaaa...

AA selalu lupa diri.. Bahaya kan?
Kalau ada orang puji ,AA selalu senyum sendirian. Sampai lupa kita belum capai tahap sepatutnya. Pencapaian masih biasa-biasa.. Dalam terbuai-buai dengan pujian,sehingga kita terus alpa.. Dan baru tahu,perspektif orang berbeza-beza... si A kata bagus.. si B kata sebaliknya.. Disitu,kita dah scanning mana silap dan kekurangan diri... "Oh.. Itulah aku.. orang puji sikit terus buat kerja ala kadar je..well,dah orang kata bagus kann "  Jadi, kesilapan yang didiamkan ini lebih bahaya secara halusnya.. Semoga AA dan korang,akan dapat kawan sekaligus penasihat yang bagus... Sama-sama saling memupuk teguran membina... 

Tegur Untuk Diri Sendiri
Anif, kau dah besar.. Kena pikir panjang siapa penasihat kau selepas ini.. tetapi carilah penasihat yang betul-betul matang,sahsiah dan open minded..Ya Allah ketemukan lah ia untukku.. 





NOTA KAKI1: Dah tersungkur,baru tahu.. Kawan sendiri yang tolak,selama ini kita salahkan kawan esaimen pulak.. *sindiran je
NOTA KAKI2 : Siapa nak daftar churp-churp disini.. 

Tuesday, October 11, 2011

Hafal Kamus






Eh pasal entri Siapa Yang Wrong Number Sebenarnya Ni? I bukan retis la.. I ada betis je hoi!

 eh.. 

Ehem-ehem berbalik pada tajuk.... Tahu tak, masa sekolah dulu, AA selalu berangan = nak cakap omputeh didalam rumah.. Makan   
mee pakai chopstick sambil tengok mak jah winfrey.. Makan kek keju sampai comot-comot dan ditegur dalam english oleh my sis, “hey,what is this.. better u go to toilet heh!” 
Dalam suasana rumah yang fully cakap BM,memang payah laa nak cakap omputih kan. Kalau ada pon,

“im sorry”
“what?”
“thank you”

Itu sahaja.Boleh bilang dengan hidung. Kalau speaking banyak sikit,dah pandai macam caripah amani.. kang kena banned dalam umah sendiri,siapa nak bela anak kesayangan Abdullah ni? Heh!
Itu belum lagi berangan nak hapal kamus tebal-tebal. Zaman sebelum kelahiran kamus besta,AA guna kamus setebal bibir negro tu la. Hari-hari selak. Satu perkataan,duopuluhminit. Sementra nunggu akak cari makne “scheduling”, AA merangkak ke dapur untuk goreng cekodok dan keropok lekor dulu. Wahaha..  Last-last,mencekik je lebih..  Pergi kelas,kena cubit ngan teacher sebab tak abis cari makne. Hamik!
Namun sejak masuk uni & ada binatang(google translate) ni,




 Memudahkan ku untuk membuat esaimen dan slide ..Walaupun, tahap keyakinan ke’transelat’an itu wajar ditertawakan.. Lalala..  Orang kata salah satu alternatif lah jugak kan?Tapi jangan bergantung harap 100%.. Kalau semua nak ditranselet dalam BM, nanti kau nak makan hape jika duduk belajar di negara eropah?? Camne nak keje dengan 8tv? Tak sihat gak kalau tak reti goreng dalam english kannn.... 

Kalau dah malas nak baca buku ala-ala TIMES,baca blog Azham Vosovic ni pun dah boleh improve ur language.. Azham jangan sesegan nak kembang idung ya..("oo") Siyes,jangan sia-siakan peluang nak belajar bahasa international ni.. Dekat universiti,over all pakai english.. Nak cari sumber BM memang susah? Dapat pulak jenis lecturer yang "eh bm?Tak koser i nak bacaaaa... "(gedik ta?) Wahaha.. Jadi kawan-kawan, berakit-rakit ke hulu sampai ketepian ..er.. lepas tu ape tah..




NOTA KAKI: Nak cara cepat atau lambat?

Saturday, October 8, 2011

Siapa Yang Wrong Number Sebenarnya Ni?

Assalamualaikum. Lama sangat tak hapdet blog ini.. 
Busy katenyer.. Hehehe *hentak-hentak kaki
Hari ini nak bebel sikit boleh? Err..Semalam tengah sedap korek idung sambil dengar lagu Zaitun Sameon,then ada dapat mesej berbaur tak puas hati.. Macam nak ajak masuk WWE pulak kann.. Grrr..


Mesej pertama :

Sejurus dapat mesej macam ini, AA terus balas.. "call awak? sory.." 
time tu memang takde selera makan nak taip panjang-panjang.. 
Tak tahu la lelaki/pompuan ni..

Mesej kedua: 
Kemudian, dapat mesej sebegini dalam around tengahari tadi(keesokan hari)
ouh.. yang ini laa nombor 
yang 'mendakwa' AA call dia..
Jadi,AA pon say sori la.. malas nak pikir banyak

Mesej ketiga:


Selepas dapat mesej dari tuan punye henpon (mesej kedua), tetibe dapat mesej dari budak semalam yang tak puas hati kenapa call kawan dia.. eh.. apa ni? 
Kenapa baru sekarang nak balas...?
Perlu ke wakil-wakil?
Ada niat tersembunyi ke...?
Okey, AA nampak sesuatu yang tak kena disini.. Jadi AA pon selidik laa macam ala-ala cerita 
CSI tapi versi Sintok kaedahnyerr...Hehehe
Cuba korang bezakan kedua-dua picture dekat bawah nih..



(1)

(2)

Selain henpon yang tak secanggih Galaxy ,apa yang korang nampak??
Err.. Sure la dari segi [masa] mesej itu sampai kann..
Mesej pertama dan kedua,lebih kurang jew time dia..
Apa ni wehh??
Nak tipu pon agak-agaklaa.. Silap orang lah beb..
Masalahnya bukan apa,si kawan empunya henpon (yg 'mendakwa' AA call dia) kenapa
tak mesej semalam jew? Dan... Kalau AA nak bersangka baik pon,maybe kebetulan kut
time dia nak mesej tuhh.. What??

YANG PELIK :
1) AA dah check history 'DIALLED & ANSWERED",kenapa tiada dalam list no mereka??
2) Group member esaimen? Peserta projek AA? = No!
3)Hantu Kak Limah...?? Eiwwww.... Simpang!! (bak kata ucop wilcha)

KEBENARAN TERUS DI CARI:
 Setelah dapat mesej-mesej annoying macam ini, AA ambik keputusan 
untuk mesej mereka, bunyik macam ini..
" Can u give me what the specific time I have called you if I had known you were available?  "
Dua-dua makhluk ini senyap!?
Tak paham laa... 


" Mr AA ,kalau u kena kacau i boleh help u "
"Ngaaaaaaaaaa... Larikk!!"

guys,im not the person who take so easy ah benda-benda gini..  tak ke benda ini menyusahkan orang lain? Dahlaa belajar jauh-jauh.. Banyak benda nak pikir.. Takde masa nak layan benda anoyying macam ini.. Wah, bunyik macam marah pulak kann.. Huhu... AA bukan jenis pemarah orangnyerr...Hope,sesiapa yang ada terima panggilan sesat.. Mesti tertanya-tanya siapakah gerangan itu.. Macam tu takpela,bukan dia sengaja call.. Camne pulak orang yang tak pernah call (nombor in/out of de list) dan tetibe kena serang?? Hmm.. Its ok.. AA ini baik orangnye, ececehh

"saya maafkan awak.. lain kali kita jangan nak tipu or manipulasi nombor orang laa.tq"
(bajet budak dua orang itu baca blog anif abdullah ni je ..huhu)





NOTA KAKI: Rambut sama hitam,hati lain-lain munah oii

Tuesday, October 4, 2011

Churp-Churp VS Youthsays...??


Entri cepat dan berinformasi..wahhh..

tudiaaaaaaaa!!  *err.. apa kene mengena pic di ats dengan entri ni =,='

Hari ini AA ingin kongsikan bbrapa perbandingan di antara dua sumber pendapatan Internet berasaskan konsep pay per click (PPC) iaitu ChurpChurp dan Youthsays(nuffnang dah ramai org citer kan..so bg peluang kat dua ekoq ni)....Jika ada yang masih belum tahu apa itu Youthsays korang boleh lihat laman web rasmi Youthsays untuk maklumat lengkap atau lihat entri di blog ini mengenai Review ringkas Youthsays...


vs
 KLIK KEDUA-DUA GAMBAR :)



Persamaan? 
1. Konsep bayaran utama – kedua-duanya berasaskan Pay per Click (PPC).
2. Kadar bayaran – Setakat ini, ChurpChurp dan Youthsays meletakkan kadar bayaran yang sama bagi setiap unik klik iaitu 20 sen per klik.

Perbezaan?
Nuffnang Ads
1)Minimum cash out?
Youthsays membenarkan cash out sekiranya jumlah bayaran di akaun anda mencecah RM50. Manakala, Churp Churp letak jumlah minimum untuk cash out sebanyak RM100. Yakni lebih tinggi daripada Nuffnang dan Youthsays.


2)Ciri-ciri istimewa?
Keunikan Youthsays ialah sistem Bid Prizes dan Credit Points. Manakala Churp Churp membahagikan sistem kempen kepada tiga iaitu Social Sharing, Social Seeding dan Scheduled Tweets.


3)Kaedah promosi?
Youthsays menyediakan empat kaedah promosi iaitu kongsi di Facebook, kongsi di Twitter, melalui email dan sosial bookmarking. Churp Churp menyediakan enam kaedah promosi iaitu kongsi di Facebook, kongsi di Twitter, kongsi di status YM dan MSN, melalui blog, email, dan social bookmarking.


4)Sumber pendapatan lain?
Selain bayaran berasaskan Pay per Click(PPC), dalam Youthsays, korang juga boleh mendapat bayaran melalui soal selidik (survey) berbayar. Kadar bayaran yang diletakkan ialah diantara RM0.30-RM1.50 bagi setiap soal selidik yang dijawab. Malangnya, setakat ini, Churp Churp tidak menyediakan sumber bayaran alternatif selain melalui Pay per Click(PPC). Mmm...Paham? kalau ta paham.. Buat-buat paham sudaaa.. Hehehe

Sekarang ni macam-macam dah orang berani letak kat iklan kt blog kann.. Tak terkecuali, Heartbeat.. Adverlert.. Denai Hati.. and so on. Terpulanglah kepada korang nak pilih mana satu.. Jangan dikejar ta dapat,yang dikendong berciciran ..Ingat pe tahi je boleh tercicir? Hehe :P

Ni Nak Habaq!!!
Memandangkan Pn.Nuff semakin kedekut bagi anak BE dengan AA... Jadi AA amik keputusan untuk kahwin lain dating dengan Cik Youth pulak.. waduhhh! bukan Youthyousof tuh.... Hohoii...
Udahhh .. Buang air mata je..  Kalau sayang AA... Rerajin laa tangan tu klik segala khazanah
iklan kat tepi kanan blog AA ni ya ...Hehe.. Adiosa!!









NOTA KAKI: Bila laa nak kaya buat blog ni ya.. Hahaha..